21
Nov

Gua Batu Madu

   Posted by: RoshanFikr   in Musafir

Salam Alaykum wr wb

Dalam masa berjalan jalan mencari ikan kelah di Kelantan, saya berjumpa seorang kenalan baru yang dikenali sebagai Pok Nik. Sejak kecil membesar di Gua Musang. Arif selok belok di Gua Musang. Termasuk gua gua yang terdapat di Gua Musang. Sejak kecil Pok Nik telah biasa bermain nyorok nyorok di dalam gua gua yang ada di Gua Musang.

Apabila sampai masa makan tengahari, Pok Nik telah membawa kami ke salah sebuah gua yang dikenali sebagai Gua Batu Madu di Kg Batu Papan,  hanya beberapa KM dari Bandar Gua Musang. Di tepian Sungai Galas.

Anda tentu biasa dengan gua gua di tempat lain, mungkin ada sesuatu yang unik dengan Batu Madu ini. Anda boleh nampak keunikan tersebut dengan melihat gambar gambar di bawah:

gua madu gua musang
Berminat Untuk Menginap Di Hotel Ini?

Mungkin bilik bilik hotel lain di KL tiada papan tanda peringatan seperti yang terdapat di bilik hotel Gua Madu, di Gua Musang, Kelantan:)

Gua ini mendapat nama “madu” sebab lebah lebah liar amat suka untuk membuat sarang dan mengeluarkan madu di kawasan bumbung batu gua ini. Oleh kerana kamera yang tidak canggih, saya tak boleh nak zoom in sarang sarang lebah berkenaan yang nun jauh tinggi di atas.

Tags: , , , ,